Sunday, June 01, 2008

Apa yang rakan-rakan semua fikirkan apabila Trisha menulis tajuk sedemikian?Trisha sedar ramai ibubapa hari ini sudah mula tahu menghargai imaginasi dan kemahiran anak-anak tanpa melupakan kecemerlangan akademik berbanding di tahun 80an,90an dan tahun-tahun sebelumnya yang mana kecemerlangan akademik merupakan sesuatu yang hakiki dan kemestian.

Trisha sudah mula membacakan buku-buku cerita untuk Syahmie ... antaranya The Crow and the pitcher, cerita-cerita bersiri POOH .. salah satunya Oh bother!Someone is afraid of the dark ... buku nie bila sampai je page ada gambar POOH dan Piglet solving jigsaw puzzle, Syahmie terus ajer minta Jigsaw Puzzlenya ... setelah hampir 2 minggu Syahmie bermain-main Puzzle Wild Animals ... now Syahmie sudah boleh menyelesaikan hampir 85% daripadanya ... 15% bukannya tak boleh tapi biasa lar budak-budak nie bila ada masanya dia rasa bosan dan mahu berhenti ... Trisha akan simpan puzzle yang tak siap tue dan sambung balik nanti ...tapi biasanya bila time sambung balik Syahmie akan buka lagi beberapa keping puzzle ...jadik bertambah lagi kepingan yang perlu disiapkan hehehee... 48 pieces ... Syahmie betul-betul jaga Jigsaw..tak mau ada yang hilang...kesian Izzati setiap kali dia datang sure Abang Syahmie nya sorokkan Jigsaw tu daripada dia ...nantilah bila Izzati dah matang sikit Trisha akan ajar dier main gak ...

Oh ya bercerita pesal Ariq...percutian 3 minggu di kampung benar-benar membuatkan dia seronok dan berat badan pun bertambah..huhu gerammnya Trisha tengok dia...sedap peluk you! Dia nie sukakan aktiviti seperti meleraikan brang-barang dan memasangnya semula... dan suka sangat menulis / melukis jadi Trisha lebih fokus aktiviti seperti ini dengan dia...

Okaylah Trisha mahu berkongsi artikel yang Trisha ambil dari Harian Metro hari ini...dan mana tau ada ibubapa yang mempunyai pendapat atau cerita yang boleh kita kongsi bersama ...

IMAGINASI 'GILA' JADI KENYATAAN
DI satu sudut, kelihatan Molly Mchoney, 5, leka melukis gambar kartun kegemarannya meskipun lakaran itu kelihatan comot dan warnanya tidak sekata.

Rakan sekelasnya pula, David Fillon bersungguh-sungguh menyiapkan kapal terbang tanah liat yang sudah bercampur aduk dengan pelbagai warna.


Di Barat, senario itu bukan luar biasa kerana pelajar biasanya diberi kebebasan mencipta kreativiti sendiri manakala guru hanya memantau keselamatan mereka.

Jarang guru menegur atau memberi kata 'jangan' sebaliknya pelajar bebas melakukan apa saja aktiviti.

“Ini satu cara masyarakat menghargai dan menyokong pelajar muda yang mahu menggunakan kreativiti sendiri mencipta masa depan. Sewajarnya, senario ini bukan saja mendapat sokongan, malah memberi peluang masyarakat menilai kemampuan golongan ini.

“Bukan mudah mencipta kreativiti jika tidak dimulakan sejak awal. Jika mereka ada kecenderungan dan institusi pendidikan boleh menawarkannya, mengapa perlu diper soalkan tindakan itu.

“Masyarakat hari ini memerlukan pelajar bukan saja bijak dalam akademik, tetapi mempunyai kreativiti tinggi dalam melakarkan imaginasi. Mungkin kedengaran lucu kerana mampukah pelajar kecil ini berimaginasi di luar minda, tapi jangan terkejut, mereka boleh melakukannya seiring pe ningkatan usia,” kata pakar psikologi dan pendidikan, Judith Patton.

Di tengah kekalutan pelbagai pihak menekankan kepen tingan akademik sebagai asas untuk cemerlang, kebanyakan pakar pendidikan berpendapat, akademik bukan kepentingan utama untuk berjaya dalam hidup atau memperoleh peluang pekerjaan.

Mereka berpendapat, daya imaginasi dan kreativiti dalam melaksana atau membuat sesuatu adalah lebih penting kerana pelajar bukan saja berupaya mengembangkan ilmu tapi menggunakan kapasiti otak untuk berfikir.

Menurut Judith, tidak ramai yang mahu atau tahu meng gunakan daya kekuatan otak untuk berfikir secara kreatif dan kritis sebaliknya lebih suka menggunakannya untuk me ngingati.

“Cara pembelajaran bukan sekadar membaca, menulis, mengingati fakta atau formula, tapi lebih daripada itu. Bayangkan kalau fungsi minda hanya digunakan bagi aktiviti terbatas, sudah tentu tiada perkembangan pantas dalam pelbagai penciptaan.

“Percaya atau tidak, kebanyakan teknologi moden kini adalah hasil imaginasi ‘gila’ masyarakat terdahulu. Contohnya kapal terbang, siapa sangka imaginasi adik beradik Wright akhirnya menjadi kenyataan.

“Mereka tidak bijak tapi menggunakan imaginasi dan idea menghasilkan kejayaan. Begitulah juga jika kita ingin me lahirkan generasi cemerlang dan berjaya. Bersandarkan pada kepandaian akademik semata-mata belum tentu boleh men jamin masa depan,” katanya.

Meskipun ada segelintir pakar pendidikan berpendapat tidak boleh menyamakan situasi atau penggunaan cara pendidikan dulu dan sekarang, segelintir pula dengan tegas mengatakan gabungan kedua elemen iaitu akademik dan kreativiti sangat penting.

Menurut mereka, sistem pembelajaran harus berkembang dan tidak bersikap statik kerana ia akan mewujudkan suasana pelajar pasif. Guru pula seharusnya berperanan sebagai pemerhati dan pemberi bimbingan.

“Tidak dinafikan guru mempunyai peranan besar dalam mencorakkan kejayaan pelajar, tapi seharusnya bebanan itu dikongsi bersama. Maksudnya, guru berusaha memberi ilmu yang boleh merangsang minda, manakala pelajar pula ber sungguh-sungguh membuktikan keupayaan mereka.

“Menerusi cara itu, kedua-duanya mendapat manfaat. Guru tidak mengalami bebanan atau tekanan emosi kerana perlu menjadikan pelajar cemerlang dalam akademik, manakala pelajar pula semakin yakin dengan kemampuan sendiri.

Pada masa sama, mereka juga berpendapat ia mampu meringankan bebanan secara fizikal dan emosi sekali gus meningkatkan prestasi serta kualiti diri.

“Bayangkan, jika anda dipaksa belajar berjam-jam tanpa diberi kesempatan merehatkan minda, adakah anda mampu menghadapinya?

Kami berpendapat, dengan menyelitkan waktu senggang untuk pelajar berehat dan melakukan aktiviti kesukaan, ia mampu memberi impak besar dalam pembelajaran mereka.

“Pada masa sama, ia meningkatkan keunggulan diri atau minat yang tersembunyi. Siapa tahu, jika mereka tidak mampu cemerlang dalam akademik, masih ada lagi elemen boleh membantu.

“Jika tidak dicungkil dan hanya memberi tumpuan pada akademik, ia akan menggelapkan masa depan mereka yang kurang minat belajar,” katanya.

Meskipun perdebatan mengenai topik berkenaan sering berlaku, mereka mengaku bahawa akademik berbentuk il miah juga penting diberi penekanan untuk mengimbangi tuntutan fizikal, emosi dan dunia.

“Kami bukan hanya mahu pelajar atau sistem pendidikan memberi tumpuan pada satu aspek saja, tapi biarlah secara menyeluruh supaya dapat saling mengimbangi.

“Keduanya bukan digunakan pada waktu ini tapi apabila melangkah ke peringkat lebih tinggi. Alangkah bagus jika mereka cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan hasil kombinasi cemerlang antara akademik dan kreativiti,” katanya.

Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com - BIZ PREPAID PALING SYOK

http://www.extrememanworld.blogspot.com - PLAN MANTAP PRODUK MANTAP SYARIKAT TERKENAL

Labels: ,


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 8:36 PM |