Friday, August 31, 2007

Kajian : Memakan Buah-buahan Boleh Elakkan Asthma
Satu kajian mendapati mengamalkan pemakanan dengan diet buah-buahan boleh melindungi kanak-kanak dari alergi pernafasan dan asthma.

Pengkaji-pengkaji UK, Greek dan Sepanyol melakukan kajian diet dan kesihatan pada 700 kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman Crete dimana penyakit-penyakit tersebut kurang didapati.

Kajian tersebut mendapati 80% dari kanak-kanak memakan buah-buahan segar, dan lebih dua pertiga daripada mereka mengambil sayur segar sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Memakan buah oren, epal, tomato dan anggur setiap hari, seperti diamalkan oleh 300 orang kanak-kanak, menunjukkan terdapat kesan perlindungan terhadap "wheezing" (berbunyi semasa bernafas) dan allergic rhinitis (hidung yang sensitif terhadap anasir seperti habuk dan sebagainya).

Kanak-kanak yang memakan kacang - sumber yang kaya dengan vitamin E - sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, juga dalam lingkungan 300 orang, tidak mudah untuk mengeluarkan bunyi sewaktu bernafas.

Walau bagaiamanapun, pengambilan marjerin lebih sekali dalam seminggu (kajian ke atas 331 kanak-kanak) merupakan pengganda peluang penyakit asthma dam allergic rhinitis, berbanding dengan yang kurang mengambilnya, demikian menurut kajian tersebut.

Terdapat 5 hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami asthma di serata dunia.

Dipetik daripada SeriPesona

Labels:


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 1:05 PM |